Sunday, June 23, 2013

TUTORIAL ASAS ADOBE PHOTOSHOP

Untuk tutorial yang pertama ini, Kami  akan tunjukkan semua menu-menu yang berkenaan dengan menu asas dalam Adobe Photoshop. Kami menggunakan Adobe Photoshop CS2.

Tempat Bekerja dalam Adobe Photoshop

Kami namakan tempat bekerja (workspace) untuk skrin dibawah. Anda tentu merasa takut bukan selepas pertama kali masuk di dalam Tempat Bekerja Adobe Photoshop ini. Jangan takut, selepas ini anda akan tahu semua jenis icon-icon serta kegunaannya.

Keterangan berkenaan Menu & Icon

A. Menu Bar – Tempat menu utama dikategorikan mengikut apa yang menu tersebut lakukan.
B. Options Bar – Mengandungi tool semasa. Jika anda klik pada Brushes, semua tool berkenaan brushes akan keluar di bahagian ini.
C. Tool Bar – Kesemua jenis tool yang ada di dalam Adobe Photoshop berada disini. Contohnya, Background Color, Gradient, Brushes, Crop dan lain-lain.
D. Document Window – Apa yang sedang anda Photoshop-kan tu berada di-sini.
E. Active Image Area – Disinilah segala keajaiban bermula pada awal-awalnya.
F. Navigator – Kalau nak zoom in atau zoom out dokumen-dokumen yang sedang aktif, boleh scroll samada ke kiri atau ke kanan.
G. Color Palette – Boleh pilih kaler daripada sini untuk Background dan Foreground.
H. History – Segala apa-apa perubahan yang anda lakukan terhadap lukisan anda di dalam Photoshop ini, semuanya direkod di bahagian ini.
I. Layers – Katakanlah anda sedang melukis satu lukisan di kertas, untuk meletakkan satu lapisan lain di lukisan anda dan menutup sebahagian daripada lukisan anda itu, maka Layer ini digunakan. 
Ini hanyalah penerangan secara ringkas mengenai setiap menu di dalam Adobe Photoshop CS2. Aku akan terangkan dengan lebih jelas lagi dalam Tutorial Asas Adobe Photoshop kemudian nanti.