Sunday, June 23, 2013

TUTORIAL ASAS ADOBE PHOTOSHOP (2)

Bermulanya Aktiviti Photoshop Anda

Dah tahu semua fungsi-fungsi menu, jom belajar cara-cara untuk create document dalam Photoshop pulak.
Pergi ke File -> New kat Menu Bar
A. Document Name – Namakan file anda disini. 

B. Presets – Pilih saiz dokumen anda. Biasanya kami menggunakan Custom.
C. Document Dimensions – Masukkan pilihan lebar dan tinggi dokumen anda. jika mahu buat banner bersaiz 300×250, masukkan 300 di Width dan 250 diHeight.
D. Document Units – Pilih unit anda. Jika anda design banner besar untuk di-print, masukkan Inches. Jika anda design banner untuk digunakan dalam laman web, masukkan Pixels.
E. Resolution – Inilah resolusi setiap dokumen itu ditentukan. Anda boleh masukkan resolusi dokumen sebanyak 300 atau lebih untuk printing. Kebiasaan yang kami gunakan untuk design laman web, hanya 72.
F. Color Mode – Secara default-nya kami menggunakan RGB.
G. Background Contents – Jika anda buat dokumen yang background-nya transparent, disinilah pilihannya.

Save dan Close Dokumen dalam Adobe Photoshop

Untuk save setiap dokumen yang anda buat, sila ke menu File -> Save di Menu Bar. Semasa save file ini, pastikan betul-betul jenis file yang anda save. Pastikan ianya dalam format Adobe Photoshop (*PSD). Jika anda save dalam format selain daripada PSD, kesemua Layer yang anda gunakan semasa design tadi tak boleh digunakan lagi. Sila berhati-hati.
Format PSD ini tidak sesuai untuk digunakan di web browser. Sila save dalam format PSD kemudian SAVE AS lagi dalam format PNG atau JPEG. Setelah selesai kesemuanya, tekan File -> Close atau File -> Close All di Menu Bar.