Menggunakan Fungsi Di Dalam Palettes
Di palettes, anda boleh menggunakan pelbagai fungsi seperti Color, Styles, Opacity dan lain-lain lagi. Aku akan berkongsi tutorial berkenaan ini dengan lebih detail pada part lain. Tunggu ye.. Sebelum tu, mari belajar cara-cara menggunakan fungsi palettes ini terlebih dahulu.
DROP-DOWN MENU
Untuk menggunakan drop-down menu, anda hanya perlu klik pada ARROW di bahagian kanan menu tersebut (bunyi macam stupid tutorial, tapi ini realiti; masih ada lagi yang tidak tahu). Kesemua fungsi akan tersenarai dan anda hanya perlu pilih yang mana bersesuaian dengan design dan keperluan anda. Try n error.
SLIDER
Slider beroperasi secara LIVE. Untuk menggunakan slider ini, anda perlu CLICK n HOLD n GERAKKAN MOUSE ke KIRI atau KANAN. Pilih ikut kesesuian anda.
SWATCHES DAN STYLES
Untuk menggunakan setiap fungsi (katakanlah Styles), anda hanya perlu klik pada mana-mana Styles yang anda berkenan. Anda seseorang yang kreatif dan suka ber-eksperimen, cubalah dengan Styles yang berlainan pada design yang sama.
Tamat-lah sudah tutorial yang SANGAT MUDAH ini. Nantikan ke-ADVANCED-an tutorial Adobe Photoshop kat blog ini. Tak cukup masa je sebenarnya, sibuk dengan projek laman web. Hee.. Terima kasih semua kerana menyokong dan sudi meluangkan masa anda membaca blog kami.