Photoshop ini terdapat banyak tools boleh digunakan untuk menghasilkan sesebuah grafik yang cantik dan kemas. Dengan mempelajari Tutorial Adobe Photoshop Toolbox ini, anda boleh memahami dengan lebih mendalam setiap kegunaan alatan-alatan di dalam sesebuah Adobe Photoshop mana-mana versi sekalipun.
Anatomy Of The Adobe Photoshop Toolbox
Toolbox Adobe Photoshop ini terbahagi kepada 5 kategori utama:
- Selection, Crop dan Slice Tools – biasa digunakan untuk ‘bermain’ dengan layer
- Photo Retouch dan Paint Tools – digunakan untuk edit gambar foto
- Drawing dan Type Tools (Vector Tools) – digunakan untuk meletakkan perkataan pada sesuatu gambar/imej
- Annotations dan Measurement Tools – digunakan untuk mengukur, biasa digunakan meletakkan tanda ‘step-by-step’
- Foreground dan Background Color Tools – digunakan untuk memilih warna background/foreground
Sekarang anda telah pun tahu kedudukan setiap satu Toolbox di dalam Adobe Photoshop. Adobe Photoshop CS2 dan CS4, kedudukan toolbox-nya adalah sama. Kami akan berkongsi tentang setiap satu kegunaan Toolbox ini dan setiap satu-nya akan diterangkan dengan lebih detail dalam tutorial seterusnya, di dalam tutorial ini hanya info-info penting berkenaan tools tersebut sahaja akan diterangkan.
1- Selection, Crop dan Slice Tools
Marquee Tools digunakan untuk memilih objek seperti empat segi sama, tiga segi dan bentuk ellipses.
Move Tools digunakan untuk menggerakkan objek dan juga layer. Teknik layering banyak menggunakan Move Tools ini.
Lasso Tools digunakan untuk memilih objek yang selain daripada empat segi sama, tiga segi atau ellipses. Seperti gambar diatas, Lasso Tools digunakan untuk memilih objek yang berbentuk seperti awan.
Magic Wand Tools digunakan untuk memilih objek yang mempunyai warna yang sama dengan hanya 1-klik. Contohnya seperti gambar awan diatas, jika anda pilih Magic Wand Tools dan klik pada bahagian putih awan tersebut, secara automatik ianya akan ‘memilih’ bahagian putih tersebut.
Crop Tools digunakan untuk memilih sebahagian gambar yang diingini sahaja, bukan resize kesemua gambar tersebut. Ianya sama seperti anda men-gunting sesebuah gambar dan anda hanya ingin-kan sebahagian kecil sahaja daripada gambar tersebut.
2- Retouch Tools
Healing Tools digunakan untuk repair sesebuah gambar seperti gambar muka (untuk buang jerawat, melicinkan kedutan muka atau red-eye).
Clone Stamp Tools digunakan untuk membuat CLONE sesebuah objek di dalam gambar tersebut. Anda boleh memilih starting point sesebuah objek tersebut dan letakkan clone pada bahagian lain. Lihat gambar yang dilampirkan, Menara Eiffel di bahagian kiri pada gambar adalah hasil menggunakan Clone Stamp Tools.
Eraser Tools digunakan untuk membuang/erase bahagian objek gambar yang tidak diingini.
Sharpen Tools digunakan untuk membuat gambar blur supaya kelihatan lebih tajam dan jelas sementara Blur Tools digunakan untuk membuat gambar menjadi blur / pudar. Smudge Tools digunakan untuk ‘gosok’ gambar tersebut, banyak digunakan dalam lukisan tangan seperti melukis potret pada bahagian bulu kening, rambut, dan sebagainya. Lihat gambar untuk lihat hasil Smudge Tools tersebut. Di dalam bahasa Inggeris, dinamakan ‘fingerpaint’.
Dodge Tools digunakan untuk ‘terang’kan sesebuah gambar manakala Burn Tools untuk ‘gelap’kan sesebuah gambar. Sponge Tools digunakan untuk ‘saturate’kan atau ‘desaturate’kan sesebuah gambar. Saturate dalam Bahasa Malaysia, pekat atau tepu.
3- Painting Tools
Brush dan Pencil digunakan untuk melukis di dalam sesebuah gambar. Hasil penggunaan Brush boleh membuatkan sesebuah gambar itu kelihatan menarik. Di dalam DVD Raja Grafik Malaya, terdapat lebih 300 jenis Brush.
Fill Tools digunakan untuk mewarna keseluruhan gambar dengan satu warna sahaja. Boleh di-gunakan untuk sebahagian layer atau selections juga.
4- Vector Drawing dan Type Tools
Type Tools digunakan untuk buat ‘tulisan’ di dalam sesebuah gambar. Banyak digunakan untuk membuat gambar yang mempunyai tulisan seperti logo, banner dan sebagainya. Tulisan jenis menegak dan melintang boleh dibuat (vertical dan horizontal).
Pen Tools digunakan untuk membuat sesebuah ‘bentuk’ dan ‘paths’. Banyak digunakan untuk buat objek jenis vektor dan boleh dibuat dalam pelbagai bentuk saiz dan skala. Contohnya untuk buat lukisan vektor jenis melengkung. Bergantung kepada kreativiti anda.
Custom Shapes Tools digunakan untuk buat sesebuah objek yang mempunyai pelbagai bentuk seperti bulat, poligon, hexagon dan sebagainya. Di dalam Adobe Photoshop, telah disediakan beberapa bentuk objek yang siap digunakan.
5- Foreground / Background Color
Foreground Color dan Background Color digunakan untuk meletakkan warna yang anda pilih dan di letakkan di dalam sesuatu gambar. Tools ini biasanya hanya untuk memberitahu warna apakah yang sedang anda pilih sekarang. Anda boleh memilih antara dua jenis ini. Contohnya, pilih warna pada foreground (hitam) kemudian anda menggunakan Fill Tools untuk meletakkan warna (hitam) pada sesuatu imej.