Palettes digunakan dengan amat meluas di dalam Adobe Photoshop. Tak kira anda men-design apa sekalipun, pasti menggunakan palettes ini. Di dalam tutorial kali ini, KAMI akan berkongsi cara-cara menggunakan palettes dan semua yang berkaitan dengan palettes secara asas-nya. Ingat, ini hanyalah Tutorial Asas Adobe Photoshop. Jika anda dah biasa menggunakan Photoshop, tutorial ini tak berapa penting untuk anda. Kalau nak teruskan jugak pun boleh.
Kami akan berkongsi tutorial dengan anda semua berkenaan palettes iaitu:
- Susun palettes
- Resize, show dan hide palettes
- Close, open dan reset palettes
- Menggunakan fungsi di dalam palettes
Apa Itu Palettes?
Untuk tunjukkan secara umum apa itu palettes, buka program Adobe Photoshop anda. Kemudian tekan “TAB”. Ini akan hide kesemua palettes semasa di dalam skrin utama Adobe Photoshop. Palettes ini merangkumi semua, iaitu Toolbox, Option Bar, Layers dan Colors Windows
Susun Palettes
Anda boleh menyusun setiap palettes di dalam Photoshop mengikut kesesuaian anda. Dengan berbuat demikian, anda lebih cepat menyiapkan sesuatu design kerana ianya mengikut kesesuaian diri anda.
Untuk susun atur palettes tu, anda hanya perlu DRAG n DROP sahaja setiap palettes tu. DROP di mana-mana sahaja mengikut kesesuaian. Jika anda seorang yang kidal, sudah pasti kedudukan palettes
anda berlainan, bukan? Anda boleh DRAG secara GROUP ataupun one-by-one. Untuk secara GROUP, anda perlu DRAG title palettes tersebut.