Sunday, June 23, 2013

EDIT GAMBAR LAMA KEPADA NEUTRAL EFFECT

Kali ini kami ingin kongsikan lagi kepada anda cara nak edit gambar lama kepada lebih neutral. Jika anda mempunyai gambar-gambar lama, boleh la mengedit selepas ni.......



1. Buka satu fail gambar lama.


2. Klik icon New Adjustment Layer dan pilih Curves.


3. Pada tetingkap Curves terdapat picker hitam, gray dan putih di bahagian bawah sebelah kanan. Korang double klik pada picker hitam seperti gambar di bawah.


4. Setkan RGB untuk picker hitam seperti di bawah. Korang boleh juga setkan mengikut kesesuaian anda..... Kemudian klikOK.


5. Kemudian Double klik pada picker gray dan setkan RGBnya. Kemudian Klik OK.


6. Sama juga double klik pada picker putih pula dan setkan RGBuntuknya. Kemudian Klik OK.


7. Langkah seterusnya memasukkan warna yang telah disetkan tadi kedalam gambar. Klik pada picker hitam dan letakkan pada objek yang berwarna hitam. Untuk tutorial ini wa letakkan picker warna hitam pada bahagian rambut wanita yg duduk tu (sebab wa agak rambut dia mesti warna hitam). Untuk picker warna gray wa letak pada bahagian tanah dan picker warna putih pada wanita yg berdiri atas tangga tu.

***Ingatan-Untuk proses ini kadang2 merumitkan. Harap bersabar, kalau tak jadi tu cuba lah kat tempat lain atau objek lain pula...try and error jer. Jika perlu anda boleh adjustkan garisan Curves tu ke kiri, kanan, atas atau bawah untuk mencerahkan atau menggelapkan gambar mengikut kesesuaian.



8. Kemudian Klik OK. Pada peringkat ini anda bolehlah bereksperimen dgn Hue/SaturationColor Balance dan sebagainya untuk mendapatkan warna yang terbaik agar gambar korang tu nampak lebih menarik.

Sekian Selamat mencuba....Wassalam....