Penjelasan Tentang Layer
Gambar dibawah dibuat menggunakan Adobe Photoshop dengan teknik Layer:
Dengan melihat gambar di-atas, hanya satu gambar sahaja yang kelihatan bukan? Di dalam Photoshop, ianya merupakan 4 jenis Layer yang bertindih antara satu sama lain.
Paling Bawah: No 3) Background Biru
Tengah: No 2) Logo PS
Paling Atas: No 1) Text “Belajar Adobe Photoshop”
Anda faham maksud susunan Layer di atas? Jadi anda faham maksud kertas lutsinar yang aku terangkan, iaitu berada di-atas satu sama lain. Sekarang kami akan kongsikan bersama untuk buat teknik Layer ini menggunakan Adobe Photoshop.
Bagaimana Menggunakan Layer Di Dalam Photoshop
Untuk memudahkan anda memahami penggunaan Layer ini, kami akan kongsikan satu kerja design menggunakan Photoshop teknik Layer. Anda perlu buat CREATE A NEW DOCUMENT (klik pada FILE -> NEW). Dan set-kan saiz gambar kepada 400px (width) x 400px (height) dan resolution (72px/inch). Di bawah ini merupakan gambar yang telah siap dibuat menggunakan teknik Layer:
Masukkan Gambar Background
Secara kebiasaannya, orang menggunakan Photoshop teknik Layer dengan buat gambar background terlebih dahulu kemudian baru-lah dibuat Text, Effect dan sebagainya. Kami akan buat gambar background ini ber-warna HIJAU.
Klik pada FOREGROUND COLOR dan pilih warna hijau menggunakan Slider Color mengikut warna pilihan anda. Atau anda boleh menggunakan color code HEX, 36442A pada ruangan column #. Klik OK. Sekarang pilih FILL TOOL daripada TOOLBOX anda, dan klik pada gambar anda tadi untuk memasukkan warna hijau tadi. Sekarang background anda jadi warna hijau mengikut pilihan yang anda buat tadi (iaitu 36442A).
Buat Layer Baru
Jom kita lihat pada LAYERS PALETTE dan perhatikan setiap penggunaan tools di dalam Layers Palette tersebut:
Klik pada NEW LAYER icon untuk buat layer baru seperti yang ditunjukkan pada gambar di-atas.
Lihat gambar di-atas, layer baru telah pun dibuat iaitu Layer 1. Anda boleh namakan Layer ini dengan apa-apa nama sekalipun untuk memudahkan kerja anda dengan double-click pada nama Layer 1. Anda boleh klik pada layer tersebut (highlight) dan lakukan apa-apa perubahan menggunakan Photoshop (tidak mengganggu lapisan Layer yang lain).
Lukis Gambar Rumput
Klik pada BRUSH TOOL pada toolbox Photoshop anda. Secara default-nya, gambar RUMPUT (Dune Grass) telah pun anda di dalam sistem Adobe Photoshop (CS2, CS3, CS4). Di dalam brush tools ada OPTION BAR dan buka BRUSH PRESET PICKER. Cari icon yang nama-nya DUNE GRASS BRUSH.
Sekarang aku akan pilih warna rumput ini supaya kelihatan lebih kurang sama dengan warna hijau background yang kita buat pada awal tadi. Pilih warna HIJAU RUMPUT (iaitu #19250F). Klik icon rumput tersebut pada gambar anda tadi. Anda boleh klik setiap satu atau HOLD-kan button mouse anda untuk buat effect rumput pada gambar anda.
Text Menggunakan Layer
Klik pada HORIZONTAL TYPE TOOL pada toolbox Photoshop anda. Set-kan warna (iaitu FOREGROUND COLOR) tulisan anda kepada warna PUTIH. Klik pada mana-mana bahagian gambar anda tadi untuk memasukkan TEXT tersebut.
Siap anda buat TEXT tersebut, highlight-kan semua tulisan anda untuk buat perubahan text (seperti menukar JENIS FONT, WARNA FONT, SAIZ FONT). Kami akan set-kan Jenis Font kepada Arial, Bold dan Saiz 60pt.
Lihat pada Layer Palette anda tadi, satu Layer baru (iaitu FONT LAYER) telah-pun dibuat secara automatik. OK, sekarang kami akan kongsikan dengan anda bagaimana untuk alih-kan kedudukan TEXT tersebut tadi kepada kedudukan mengikut kemahuan anda.
Alih Kedudukan Layer
Apa yang kami akan buat sekarang pada gambar ini adalah meletakkan Layer Text di-bawah Layer Rumput. Jadi gambar Rumput akan kelihatan berada di-atas Text anda tadi. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah KLIK DAN DRAG Type Layer anda ke bahagian bawah Layer Rumput.
Anda boleh menggunakan MOVE TOOL (berada di Toolbox Photoshop) untuk alih-kan kedudukan setiap Layer. Sekarang klik pada Type Layer dan klik pada Move Tool. Sekarang anda boleh DRAG Type Layer anda untuk di-alih-kan mengikut kemahuan anda. Anda sudah mahir menggunakan Layer ini bukan? Jom kita belajar menggunakan option yang lain pula.
Menggunakan Opacity, Blending Modes dan Filling
Buat satu Layer baru di-atas Layer background Hijau anda tadi. Klik ELLIPTICAL MARQUEE TOOL dan masukkan Elliptical tadi di-dalam gambar anda.
Dengan menggunakan FILL TOOL, masukkan warna PUTIH ke-dalam Elliptical anda tadi. Sekarang anda sudah mempunyai satu imej bulatan yang berwarna PUTIH pada gambar anda. Kemudian pilih Layer ini (Elliptical) dan tukar Blending Mode kepada Overlay:
Kemudian set-kan Opacity kepada 15% hingga 25%.
Sekarang anda akan buat satu DUPLICATE Layer untuk Layer Elliptical tadi. Right-click pada Layer Elliptical tadi dan pilik DUPLICATE LAYER. Cara ini akan membuat satu salinan yang sama dengan Layer Elliptical tadi termasukkan Opacity dan Blending Mode yang baru saja anda buat tadi. Dengan menggunakan MOVE TOOL, alihkan kedudukan Layer #2 Elliptical ke-sebelah supaya anda dapat lihat DUA BULATAN ELLIPTICAL pada gambar anda.
Anda dapat lihat perbezaan dan penggunaan Layer ini bukan? Jika anda alih-kan kedudukan Layer Elliptical tadi ke-atas (click and drag), gambar Rumput akan berada dibawah Layer Elliptical. Ini kerana setiap layer bagaikan KERTAS LUTSINAR. Anda faham maksud ini sekarang? :) Dengan set-kan Opacity (di bawah 100%) sesuatu Layer, akan dapat lihat apa yang berada di-sebalik Layer tersebut.